Sunday, July 19, 2009

Profil

Penggunaan tapal pada bahagian perut bagi ibu yang lepas bersalin antara warisan tradisi nenek moyang yang telah digunakan sejak turun-temurun dan terbukti berkesan menyelesaikan masalah perut buncit.

Menyedari kebaikan penggunaan tapal ini, syarikat D Eila Pesona yang beroperasi di No 5, Ground Floor, Jalan Indah 1/1, Taman Indah, Sungai Abong, Muar Johor telah bertanggungjawab dalam mengkomersialkan produk warisan ibunda ini.

Losyen Mujarab Pati Limau Nipis awalnya dikenali di kalangan bidan kampung sejak 1999 dengan nama Tapal Perut Elbra yang khususnya terdapat di sekitar Muar, Batu Pahat dan Segamat.

Pada zaman dahulu, orang membuat tapal daripada bahan campuran kapur, limau nipis dan gambir untuk disapukan di perut ibu lepas bersalin untuk mengelakkan perut buncit dan menggeleber.

Tetapi, pada zaman serba moden ini, ramai yang bersungut terutamanya para ibu yang lepas bersalin kerana leceh untuk membancuh bahan-bahan campuran tersebut dan kadang kala ianya tidak menjadi jika membancuh sendiri dan ada masa terdapat kesan sampingan seperti kegatalan dan berasa tidak selesa.

Rentetan dari masalah ini, akhirnya tercetus idea untuk menghasilkan produk yang lebih mudah untuk digunakan dimana ianya telah disiapkan dalam bentuk losyen. Namun, keberkesanannya masih sama seperti produk warisan ibunda. Malah, losyen ini juga di jamin tidak memberikan sebarang kesan sampingan seperti kegatalan.

Losyen-losyen dari syarikat kami ini amat sesuai untuk digunakan bagi ibu bersalin sebagai tapal kerana penggunaannya mampu memecahkan lemak selain ia juga membantu membuang angin di dalam badan.

Malah, losyen-losyen ini juga boleh digunakan dengan tujuan urutan bagi membantu melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Ia juga amat sesuai digunakan untuk mereka yang menghidap penyakit angin ahmar (sebagai bahan untuk urutan), melegakan kembung perut (sebagai bahan urutan) , pelbagai jenis sakit perut seperti sakit perut PMS bagi wanita dan sebaginya, sengal, sendi, kebas-kebas, bisa-bisa kaki, lutut dan juga pinggang.

Selain itu juga, losyen-losyen ini juga sesuai untuk menghilangkan kegatalan, gigitan serangga, kurap, kayap, penyakit kulit yang ringan, cagu, kutil dan alahan tumit dan pada tapak kaki.

Losyen-losyen dari syarikat kami ini tidak berminyak, mudah meresap dan boleh digunakan tanpa was-was. Apa yang perlu anda lakukan hanya lah menyapu losyen ini pada tempat yang bermasalah dan urut perlahan-lahan selama dua hingga tiga minit. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja tetapi untuk lebih berkesan, sapukannya setiap kali sebelum tidur.

Alhamdulillah, diatas sambutan yang menggalakkan ini, kami telah memperluaskan perniagaan kami ini di sekitar Sabah, Sarawak dan Brunei selain dari Semenanjung Malaysia.

Saturday, July 18, 2009

Produk


D eila Persona memperkenalkan produk-produk rangkaiannya iaitu Losyen Mujarab, Losyen Halimau dan Treamz Lemon Plus. Anda juga boleh memperolehi produk-produk ini di pasaran atau melalui stokis-stokis kami yang sah. Setiap produk ini mempunyai khasiat dan kelebihannya tersendiri yang akan menjamin keselesaan para pelanggan.





Losyen Mujarab

Losyen ini dapat membantu melegakan sakit-sakit badan atau sengal-sengal. Losyen ini juga sesuai untuk dijadikan tapal dan ia juga amat sesuai untuk para ibu yang mengandung

:crab1:












Losyen Halimau

Losyen ini dierbuat daripada halia dan limau. Gabungan halia dan limau ini menghasilkan bau yang sungguh wangi dan tahan lama. Ianya amat sesuai untuk kegunaan umum terutamanya wanita yang mengalami sakit PMS.


:crab1:







Treamz Lemon Plus

Produk minuman ini membantu sesiapa yang ingin menurunkan berat badannya.


:crab1:













Blog Widget by LinkWithin