Wednesday, August 26, 2009

Kesabaran pada Ramadhan


KAITAN sabar dan puasa banyak dijelaskan dalam hadis. Dalam hadis yang masyhur, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa adalah ibadat yang boleh membentuk sifat sabar.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Puasa itu kesabaran dan kesabaran itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Kaitan puasa dengan kesabaran ini menyebabkan Ramadan turut dipanggil Syahru As-Sabr (bulan kesabaran).

Dalam hadis yang masyhur pula, puasa adalah junnah. Junnah bermaksud perisai, benteng atau penyelamat bagi manusia daripada melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran agama.

Kesabaran yang asas pada ibadat puasa mengikut tafsiran ulama adalah imsak iaitu menahan diri daripada makan dan minum, manakala sabar dari sudut terperinci adalah sabar seperti kesabaran yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW.

Justeru, dalam banyak riwayat dijelaskan bahawa Rasulullah tetap bersabar walaupun Baginda diperlakukan dengan kejam oleh golongan kafir Makkah.

Selain riwayat muktabar, banyak hadis yang menggesa seseorang supaya bersabar walaupun dicerca, dimaki atau dihina ketika berpuasa.

Tuntutan ini sejajar dengan prinsip akhlak Islam iaitu ‘membalas kebaikan apabila diberi kebaikan dan membalas kebaikan juga apabila diberi kejahatan’.

Bagaimanapun, berkenaan tahap kesabaran, seseorang perlu bijak mengurusnya agar mereka tidak menjadi dayus.

Oleh itu, tidak dinamakan kesabaran apabila seseorang hanya membiarkan pencuri memasuki rumah atau diancam yang mengancam agama, diri, keluarga dan negara. ;p


sumber : BH

Tuesday, August 25, 2009



Waktu Ramadhan inilah umat Islam, tidak kira lelaki atau wanita gigih melaksanakan tuntutan agama. Masing-masing menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta mengerjakan ibadat sunat seperti zikir, tadarus, tarawih dan sedekah yang menjanjikan pahala berganda.

Mungkin ada antara kita merasakan cepatnya masa berlalu. Kenangan Ramadan tahun lalu masih segar dalam ingatan, kini kita bertemu sekali dengan bulan mulia ini. Bersedia atau tidak, sebagai hambaNya, rukun Islam ketiga ini wajib dilaksanakan.

Semua tahu Ramadan ialah bulan untuk umat Islam menambahkan ketakwaan diri serta berusaha memperoleh keampunan daripada dosa lalu.

Dilihat dari aspek fizikal pula, ibadat puasa memberi kebaikan kepada tubuh badan. Sepanjang tempoh berlapar pada siang hari, organ penghadaman badan dapat berehat. Bukan itu saja, melalui ibadat puasa, badan dapat menyingkirkan lebihan toksin yang terkumpul menjadikan tubuh lebih sihat dan cergas.

Semangat ukhwah umat Islam juga terjalin erat melalui aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan ini. Tidak dilupakan, golongan kurang bernasib baik di mana umat Islam digalak menggembirakan mereka dengan bersedekah.

Bagi mereka yang sudah lama merindui kedatangan Ramadan, pastinya saat ini hati paling gembira. Awal-awal lagi mental dan fizikal sudah dipersiapkan demi mendapat kualiti ibadat puasa yang diidamkan. Bagai sudah ditanam dalam diri mereka niat menjadikan Ramadan kali ini lebih baik.

Malangnya, bagi segelintir individu tidak terkecuali lelaki, kehadiran Ramadan tidak memberi erti besar dalam hidup mereka. Ada yang menganggap puasa sekadar puasa, sebaliknya hati lebih memikirkan soal juadah berbuka dan bazar Ramadan. Ada juga yang terlajak lebih jauh, merencana persiapan menyambut Aidilfitri. Jangan terperanjat, mungkin ada juga sering menjadikan puasa sebagai alasan bermalas-malas melakukan kerja.

Ini belum lagi disentuh soal individu yang enggan berpuasa malah tidak menghormati orang lain yang berpuasa. Perhatian masyarakat sering tertumpu kepada kes lelaki yang dicekup kerana tidak berpuasa. Apabila ditahan, macam-macam alasan terpancul dari mulut bagi menutup kesalahan mereka itu.

Hakikatnya, rugilah mereka kerana tidak mengambil peluang Ramadan untuk meningkatkan keimanan. Barangkali golongan ini tidak mempunyai pengetahuan atau sengaja tidak mahu mengambil tahu mengenai fadilat Ramadan sebaliknya tewas kepada nafsu.

Bagi menyingkap isu lelaki tidak berpuasa, puasa tidak berkualiti dan kaedah terbaik meraikan Ramadan, XY - Ikon Lelaki mendapatkan pandangan pendakwah yang juga Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Ustaz Zawawi Yusoh.

Ustaz Zawawi berkata, lelaki sepatutnya menjadi imej umat Islam. Menurutnya, lelaki tidak sepatutnya menjejaskan status itu dengan perbuatan seperti tidak berpuasa, makan di khalayak ramai pada siang hari, malas bekerja atau sebagainya.

“Perbuatan tidak berpuasa ini datangnya dari keinginan yang ada dalam diri golongan ini untuk tidak berpuasa. Puasa adalah perbuatan yang harus bermula dengan keinginan. Disebabkan itulah kita disuruh bersahur. Ia ‘perjanjian’ yang memberitahu otak, mata, mulut dan anggota badan kita yang lain bahawa kita ingin berpuasa. Itulah sebabnya kalau kita tak berniat, tiadalah keinginan dan perjanjian.

“Sebab itulah, sebelum hadirnya Ramadan, kita disunatkan berpuasa bulan Rejab dan Syaaban sebagai cara mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadan. Sebelum Ramadan, kita sepatutnya sudah menghidupkan suasana bulan penuh keberkatan ini.

“Antaranya dengan bercakap mengenainya dalam ceramah, mengqada ibadat yang tertinggal dan menggiatkan lagi pembelajaran ilmu fiqah. Secara tidak langsung, ia dapat menghangatkan keinginan melaksanakan ibadat puasa,” katanya.

Ustaz Zawawi menerangkan pula soal hikmah bersahur. Katanya, sahur adalah sunat dan sunnah. Sunat bermakna, jika kita melakukannya, akan beroleh pahala yang banyak manakala sunnah pula merujuk kepada perbuatan yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.

Tambahnya, amalan sahur lah yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa orang bukan Islam.

“Islam menyuruh umatnya berpuasa, bukannya berlapar. Maka kita perlulah bersahur kerana esoknya kita harus bekerja. Ini menunjukkan Islam agama penyayang. Umatnya disuruh bersahur supaya kuat dan mempunyai tenaga berpuasa.

“Jika dibandingkan cabaran puasa zaman kini dengan zaman dulu, umat Islam dulu terpaksa berperang sambil berpuasa pada Ramadan sedangkan kebanyakan kita bekerja di pejabat berhawa dingin. Tidak wajarlah untuk kita memberikan 1,001 alasan untuk tidak berpuasa,” katanya.

Ustaz Zawawi juga menegur golongan yang liat bersahur.

“Ada yang tidak mahu bangun sahur kerana enggan mengorbankan waktu tidur. Sebenarnya, sekali kita buat perkara baik, ia akan mendorong kita membuat lebih banyak lagi perkara baik lain.

“Dalam konteks bersahur, apabila kita bangun awal pagi untuk bersahur, diikuti solat subuh. Ramai yang tidak bangun sahur, solat subuh nya juga tidak dilaksanakan. Disebabkan itulah kita disunatkan melewatkan sahur iaitu menghampiri waktu subuh supaya kita boleh terus bersolat,” katanya.

Ustaz Zawawi berkata, waktu bersahur paling mustajab untuk berdoa kepada Allah.

“Bukan saja solat Subuh, kita juga boleh membuat solat sunat tahajud dan lain-lain. Ia ibarat suatu pakej dan pahala serta keampunan dijanjikan bagi mereka yang melakukannya. Bagi yang tidak mahu bangun sahur, maknanya mereka menolak pakej ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegur segelintir umat Islam yang cuma berpuasa tetapi mengabaikan ibadat lain.

Ustaz Zawawi berkata, ini sedikit sebanyak berpunca daripada tanggapan segelintir masyarakat kononnya Ramadan hanyalah bulan untuk berpuasa semata-mata.

“Hakikatnya, masyarakat harus melihat bulan ini sebagai Ramadan yang bukan hanya tempoh kita melakukan ibadat puasa saja tapi ia juga bulan untuk qiyam (tarawih), witir, sedekah. Di dalamnya juga ada nuzul Quran (peristiwa turunnya Al-Quran buat kali pertama) serta malam lailatul-qadar.

“Apabila pemahaman salah, maka pelaksanaannya juga tidak betul. Dalam bulan Ramadan, kita bukan hanya perlu menjaga supaya tidak batal puasa, bahkan perlu juga memastikan tidak hilang pahala puasa.

“Solat sunat dalam bulan Ramadan sebenarnya menyempurnakan lagi ibadat puasa yang kita lakukan... Supaya puasa lebih berkualiti. Cari peluang melakukan ibadat sunat. Solat tarawih misalnya, jika tidak buat 20 rakaat, boleh buat lapan rakaat,” kata beliau.

Tuntutan berpuasa, menurut Ustaz Zawawi tidak sepatutnya dijadikan alasan bersikap malas di tempat kerja. Ketika berpuasa lah, kita sepatutnya lebih kuat bekerja kerana waktu makan selalunya mengganggu kerja. Soal tidak bertenaga atau tidak larat, tidak seharusnya timbul kerana umat Islam sudah digalakkan bangun bersahur.

“Memanglah, kadang-kadang kita terasa letih tetapi rasanya, tidak ada orang yang mati sebab berpuasa. Orang yang mati sebab terlebih makan adalah. Semua ini bergantung kepada paradigma (batasan pemikiran) seseorang. Jika fikirannya mengatakan letih, letihlah jadinya.

“Pekerjaan juga suatu ibadat seperti puasa. Jangan sampai satu ibadat menghilangkan ibadat yang lain. Lebih-lebih lagi dengan keselesaan ruang pekerjaan yang dinikmati kita. Lainlah jika buruh kasar yang terpaksa melakukan kerja berat dan itu sajalah punca rezeki mereka. Golongan ini ada kelonggaran tertentu,” katanya yang turut berkongsi tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan lelaki sebagai ketua keluarga sepanjang Ramadan.


-sumber BH

Monday, August 24, 2009

Amalan tidur sekejap di Bulan Ramadhan


TIDUR seketika pada tengah hari disebut qailulah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Tidur siang sebegini adalah kebiasaan bagi orang yang mementingkan kesihatan, kesegaran dan produktiviti. Ia adalah budaya baik, apatah lagi Rasulullah pernah mengamalkannya.

Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.” Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, kalaupun dibuat, tidak mengikut spesifikasi sunnah.

Dalam masyarakat Inggeris, amalan ini menjadi kebiasaan. Saya melihat ia diamalkan di Britain, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah dan peringkat rendah. Saya teringat anak saya ketika di prasekolah di London mempunyai jadual tidur pada waktu tengah hari. Mungkin ini adalah mekanisme atau langkah membiasakan mereka supaya menghargai ‘makna’ tidur tengah hari apabila dewasa kelak.

Mereka mempunyai falsafah sendiri. Di kalangan masyarakat Sepanyol dan Mexico, mereka mesti melakukan siesta (tidur siang) kerana keadaan cuaca pada siang yang terlalu panas dan tidak membolehkan mereka keluar melakukan kegiatan luar.

Tidur seketika pada siang hari atau qailulah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan qailulah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat tahajud. Jadi tidur siang atau qailulah ini hanya kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.

Saya agak terkejut mendengar keterangan bahawa tidur sebentar waktu siang adalah suatu hal yang dianjurkan hanya kerana syaitan tidak pernah tidur siang. Ini terutama apabila saya melihat orang berpuasa menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Sebenarnya banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika memang untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah. Kalau tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailulah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.” Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.

Hadis ada menyebut bahawa: "Tidurnya orang puasa adalah ibadah." Seperti penjelasan Iraqi dalam Takhrij Hadis-Hadis Ihya, bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, namun semua sanadnya antara dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu).

Jadi di mana kita harus melihat ‘kekuatan’ maksud hadis ini? Kita perlu melihat secara positif, pengertian hadis itu harus dimaknai bahawa tidurnya orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.

Sahabat Rasulullah menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa. Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work.

David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.


- sumber dari BH

Sunday, August 23, 2009

Rahsia mengecapi nikmat berpuasa

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

  • Menguatkan jiwa.

    Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.
  • Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

    Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya.

    Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada kesesatan.

    Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

  • Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

    Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

    Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Puasa itu sebagai benteng" (daripada serangan keburukan).
  • Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

  • Menyihatkan badan.

    Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW, malah dibuktikan doktor atau ahli perubatan.

  • Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

    Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya.

    Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

  • Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.

    Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

    Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
  • Friday, August 21, 2009

    Bermulalah solat terawih

    Sinonim dengan kedatangan Ramadhan, solat terawih. Malam ini sudah bermulanya solat terawih yang pertama. Esoknya pula kita akan mula berpuasa. Solat terawih nih banyak fadhilatnye. Setiap hari terdapat fadhilatnya tersendiri yang telah Allah janjikan kepada seluruh umat Islam yang mengerjakannya.

    Untuk malam yang pertama nih..fadhilatnya merupakan...

    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan

    Kita sebagai manusia tidak lari dr melakukan kesilapan dan dosa. Oleh itu, sempena bulan yang mulia ini, bersama-samalah kita mengejar pahala dan memohon keampunan di atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. Seperti yang kita ketahui, bulan puasa Allah membuka sebesar-besarnya pintu untuk hambanya memperolehi pahala.

    Oleh itu, marilah kita sama-sama mengerjakan solat terawih pada malam ini.


    Selamat Menyambut Ramadhan :D

    Sekian, Terima Kasih.

    Thursday, August 20, 2009

    Fadhilat Ramadhan


    Seperti yang di janjikan..entry ini merupakan entry pertama sempena bulan Ramdhan yang bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi..

    Seperti yang kita semua ketahui, bulan Ramdhan mempunyai banyak fadhilatnya..Antaranya ialah :

    1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

    2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

    3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

    4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

    5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

    6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

    7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

    8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

    9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

    10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

    11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


    Semoga kita sama-sama peroleh rahmat di bulan yang mulia ini..


    Sekian, Terima Kasih :D

    Ramdhan kembali lagi



    Beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami dari D Eila Pesona ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga dengan kemunculan bulan yang mulia ini, kita semua dapat meningkatkan segala amalan dan pahala.

    Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, blog kami akan menyediakan beberapa info untuk anda semua mengekalkan kesihatan dan kesegaran badan anda di sepanjang bulan Ramadhan ini. Insya-Allah...

    Oleh itu, sila pastikan anda sentiasa update dengan maklumat yang kami berikan.

    Bukan itu sahaja, malah, sempena kedatangan bulan yang mulia ini juga, kami juga akan mengadakan beberapa promosi penjualan produk-produk kami. Oleh itu, rajin-rajinlah layari blog kami ini bagi mengetahui apakah jenis promosi yang akan kami lakukan itu yer..


    Sekian sahaja untuk kali ini..


    Sekian, Terima Kasih.

    Wednesday, August 19, 2009


    Thank You,
    Your data have been submitted.



    Back

    Sunday, August 16, 2009

    Produk baru!

    TREAMZ LEMON PLUS



    Produk minuman yang dihasilkan dari gabungan pati limau, asam jawa,
    madu, daun senna maki dan herba-herba yang terpilih.



    Di rumus khas untuk mengurangkan berat badan.



    Limau atau citrus mempunyai khasiat antaranya melegakan migrain,
    merangsang perjalanan darah dan membantu mengurangkan berat badan.



    Asam jawa digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.



    Amalan minuman air asam jawa dapat membantu menurunkan suhu panas dalam badan.
    Kandungan nutrisi di dalam asam jawa juga dikatakan dapat membantu memulihkan lesu badan.



    Madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilaiutama dalam bidang kesihatan
    yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat.



    Daun senna maki mampu mengurangkan sembelit dan dipercayai sebagai tonik yang baik dan bahan aktif yang terdapat dalam daun senna adalah glukosida dan senna-emodin.
    Ia dipercayai dapat meredakan pelbagai jenis penyakit.




    Harga :

    Semenanjung Malaysia : RM35.00

    Sabah/Sarwak : RM 38.00

    Losyen Halimau

    TERKINI!! LOSYEN HALIMAU



    Losyen serbaguna dari gabungan pati halia dan limau purut.



    Losyen yang mempunyai haruman yang menyegarkan.


    Amat sesuai untuk lelaki dan wanita.



    Mudah meresap.



    Amat sesuai untuk aktiviti bersukan.



    Boleh digunakan tanpa was-was.



    Sesuai untuk digunakan seisi keluarga.



    Untuk kegunaan luaran sahaja.



    Tidak sesuai untuk bayi.


    Harga di pasaran :
    Semenanjung Malaysia RM21.00
    Sabah Sarawak RM24.00

    Losyen Mujarab Pati Limau Nipis


    LOSYEN MUJARAB PATI LIMAU NIPIS


    Boleh membantu mengatasi masalah perut buncit.



    Boleh digunakan bagi tujuan urutan.



    Membantu mengurangkan masalah selulit.



    Sangat sesuai bagi ibu bersalin sebagai tapal.



    Boleh membantu memecahkan lemak di tubuh badan.



    Boleh membantu membuang angin di dalam badan.



    Melancarkan peredaran darah yang tersumbat.



    Amat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit angin ahmar
    untuk tujuan urutan.



    Melegakan kembung perut, sakit perut seperti PMS, sengal-sengal sendi,
    kebas-kebas, bisa-bisa kaki, lutut serta pinggang.



    Boleh menghilangkan kegatalan, gigitan serangga, kurap, kayap, penyakit kulit
    yang ringan, cagu di kuku, bisul dan kutil.



    Membantu mengatsi alahan di tumit dan juga tapak kaki.




    Stokis dan Pemborong

    Anda juga boleh menghubungi para stokis dan pemborong kami untuk mendapatkan produk-produk kami :

    Johor
    Pn Mime 012-7470450
    Syarikat Herba Sri Tanjung (Pontian) 012-7545963
    En. Azlan (Kota Tinggi) 012-7370807



    Melaka
    Ema Multi Trading 012-3047206



    Negeri Sembilan
    Ben Way Marketing 06-6794278 / 012-2112386



    Kuala Lumpur
    Plaza Warisan EmiQ 03-20727777 / 019-3999969
    Harapan Bonda (Jalan Raja Bot) 019-2594888
    Pt. Viduri (Jalan Raja Muda Abd Aziz) 03-26941051



    Selangor

    Pn. Maziah 03-60281005
    Ry Saloon (Shah Alam) 03-55122032



    Perak
    Harmony Health & Product 016-4120555



    Pulau Pinang

    Sari Beauty Centre 04-2827181 / 012-4161206
    Herbarina (Bukit Mertajam) 012-4290071



    Kedah
    Pusat Kecantikan Azlawati 04-7721995



    Pahang
    Inai Sari Collection 012-9816875
    Pn Nazila (Bentong) 012-3235019



    Terengganu
    Butik Kecantikan Ellynor 019-9853880



    Kelantan
    Pn Sharizah 019-9410783
    Perniagaan Masryik (Tanah Merah) 09-9555040


    Jika anda berminat untuk menjadi stokis atau pemborong kami, sila hubungi :
    Mohd Syukri 012-7885338

    Hubungi Kami

    Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :


    Mohd Syukri 012-7885338

    Alamat :

    No.5, Ground Floor, Jalan Indah1/1,
    Taman Indah, Sungai Abong,
    Muar, Johor DT.


    anda juga boleh menghantar melalui e-mel :



    Your Name
    Your Email Address
    Subject
    Message
    Image Verification
    Please enter the text from the image
    [ Refresh Image ] [ What's This? ]




    Blog Widget by LinkWithin